Sebelum itu aku kecil, kemudian aku
mengenali langkah dan haluan.. sebelum itu aku menangis, kemudian aku
mendapat belaian dan dimanjakan.. sebelum itu membuka mata seperti
mencari, kemudian aku menjumpai tempat asalnya.. dan sebelum itu aku
banyak bertanya, kemudian aku mendapat jawapannya...
Setelah 25 tahun berkecimpung
dalam kehidupan sebagai manusia biasa, pengalaman banyak mengajar aku
menjadi baik, buruk, kuat, lemah.. juga menjadi jahat, menjadi lebih
dalam sesuatu dan juga menjadi kurang dalam sesuatu. Semua adalah sifat
semulajadi manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Walaupun kadang2
kita sendiri terfikir dan berangan kita adalah istimewa, mempunyai
kelebihan yang tak ada pada orang lain, dan terasa seperti diri
mempunyai kuasa luar biasa yang belum diterokai.. benar, kerana aku juga
mempunyai rasa yang sama, tetapi aku cuba lebih bersyukur dengan
kekurangan yang ada pada diri.. dan kelebihan itu jika ada aku cuba
untuk tunduk memperbetulkan diri...
Perkara yang menggembirakan
memberi aku semangat untuk terus menangis dan tersenyum... disebalik
kesusahan, ada kelapangan.. disebalik keraguan, ada petunjuk haluan..
disebalik kewajipan, ada keberkatan... Niat yang baik adalah tunjang
kepada perlakuan diri.. Marilah perbetulkan niat kita dalam apa jua
keputusan yang kita lakukan. Jika ini adalah jalanku, permudahkanlah...